Blog #MJPPBA
Message text!

Bagaimana nak tau RM100 tu dah masuk ...

PMX umum RM100 untuk setiap dewasa di Malaysia. Bagaimana nak tau RM100 tu dah masuk pada atau selepas 31hb Ogos nanti?


Caranya :

1. Guna aplikasi Touch ‘n Go eWallet

• Muat turun dan buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
• Tekan ikon 'TNG Card'.
• Pilih 'Add New Card'.
• Masukkan nombor siri MyKad (Nombor MFG) dan nama anda.
• Tekan 'Submit'.
• Baki kad akan dipaparkan di skrin.

2. Guna mesin kiosk Touch ‘n Go

• Pergi ke kiosk TnG yang biasa ditemui di pusat membeli-belah atau stesen LRT dan MRT.
• Imbas MyKad anda pada mesin.
• Baki akan dipaparkan secara automatik.

3. Guna mesin tambah nilai

• Mesin ini biasanya ada di stesen minyak, kedai serbaneka atau hentian R&R.
• Letak MyKad pada pengimbas.
• Baki akan keluar pada skrin tanpa perlu tambah nilai.

4. Layari portal Touch ‘n Go

• Masuk ke laman web rasmi TnG dan log masuk ke akaun anda.
• Klik bahagian 'Card Portal'.
• Anda boleh lihat maklumat termasuk baki terkini dan nombor siri kad dalam laman web tersebut.

Ok. Selamat mencuba.

Sumber :
mStar & Busman Tahir

Post a Comment

0 Comments