Butiran Kejadian:
Pada 20 April 2025, lebih kurang jam 2044 hrs, ketika saya berada di Blok C, Kondominium Mutiara, Jalan Perda Barat, 14000 Bandar Perda, Pulau Pinang, saya telah dimaklumkan melalui aplikasi WhatsApp bahawa tabung derma Blok A yang diletakkan di hadapan lif Blok A telah dipecahkan. Saya mensyaki bahawa tabung tersebut dipecahkan antara lain dengan niat untuk mengambil wang derma yang terkandung di dalamnya.
Tindakan Pelapor:
Saya membuat laporan ini di balai polis bagi tujuan rujukan pihak pengurusan Blok A.
Catatan Tambahan:
Tiada maklumat lanjut mengenai suspek atau saksi pada masa ini. Siasatan lanjut diperlukan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.
Update :
Rakaman CCTV Sedang Diteliti.
Pengesahan Pelapor:
Saya mengesahkan bahawa segala maklumat yang diberikan dalam laporan ini adalah benar sepanjang pengetahuan saya, dan saya memahami bahawa memberikan maklumat palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
0 Comments