Blog #MJPPBA
Message text!

KARTEL PINDAH MILIK TANAH DIBONGKAR

#BeSmartStayAlert
#LetsFightScammerTogether


Kuala Lumpur, 10 Januari 2025 - Bertindak atas laporan polis oleh seorang penolong pegawai daerah awal November, Polis Diraja Malaysia membongkar kegiatan memindah milik tanah secara tidak sah membabitkan ‘orang dalam' di sebuah pejabat daerah dan tanah di Selangor.

Terbaharu, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman menahan 17 individu, termasuk tujuh kakitangan pejabat tanah sejak September lalu kerana disyaki terbabit kartel berkenaan membabitkan tanah seluas 9.4 hektar bernilai RM7.1 juta.


Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 10 lelaki dan tujuh wanita, masing-masing berusia di antara 26 hingga 59 tahun.

“Secara keseluruhan, 17 individu ditahan untuk membantu siasatan. Mereka terdiri daripada tujuh kakitangan pejabat tanah, termasuk seorang penolong pegawai hartanah dan 10 orang awam daripada pelbagai latar belakang berbeza.

“Setakat ini, tujuh kes sedang disiasat membabitkan tanah seluas 21 ekar atau lebih 9.4 hektar dengan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM7,101,000,” katanya kepada Berita Harian.


Mengenai perkembangan siasatan, Dato’ Sri Ramli berkata, susulan tangkapan yang dibuat, polis mengesan wujudnya sindiket dan kartel di dalam pejabat tanah itu sendiri yang mendalangi kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah.

Katanya, sindiket terbabit mengeksploitasi sistem dengan memadam serta menghilangkan rekod-rekod penting berkaitan pindah milik hartanah.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

Post a Comment

0 Comments