Skim tahunan daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ini terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.
.
Objektif utama skim ini adalah agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.
.
Dapatkan Borang Permohonan di kaunter-kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang yang berhampiran anda bermula 23 September 2024 (Isnin) minggu hadapan.
.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Oktober 2024 (Rabu).
.
Mohon sebaran. Terima kasih.
0 Comments