Blog #MJPPBA
Message text!

MCMC Microsoft AI Teach Kecerdasan Buatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia PERKESO NCIA UiTM Pulau Pinang Biji-Biji Initiative




Lebih 200 peserta di Pulau Pinang berpeluang untuk mempelajari asas Kecerdasan Buatan (AI) melalui program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama rakan strategik seperti PERKESO, NCIA, UiTM Pulau Pinang, dan Biji-biji Initiative. Program selama dua hari ini bertujuan untuk memperkasa komuniti tempatan, terutama golongan rentan, dengan kemahiran AI yang dapat membuka peluang kerjaya dalam ekonomi digital.

Kecerdasan Buatan (AI) melalui program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama rakan strategik seperti PERKESO, NCIA, UiTM Pulau Pinang, dan Biji-biji Initiative


Dengan kerjasama PERKESO, peserta akan menerima sokongan dalam penempatan pekerjaan, menjadikan program ini sebagai langkah penting untuk mempersiapkan mereka memasuki alam pekerjaan. YB Zairil Khir Johari, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, telah merasmikan program ini dan menyatakan bahawa inisiatif ini seiring dengan hasrat Penang 2030 untuk melahirkan bakat digital yang mampu bersaing di peringkat global.

https://sebenarnya.my/


Program ini juga mendapat sokongan daripada 19 peserta dalam Accelerated Leadership Program Series (ALPs), yang merupakan program kepimpinan untuk kakitangan MCMC yang berpotensi tinggi dan berperanan sebagai fasilitator latihan. Dengan usaha ini, diharapkan komuniti tempatan dapat menghadapi cabaran dalam dunia digital yang semakin pesat berkembang.




#MCMC
#MicrosoftAITeach
#KecerdasanBuatan
#SuruhanjayaKomunikasidanMultimediaMalaysia
#PERKESO
#NCIA
#UiTMPulauPinang
#BijiBijiInitiative


https://miv.mcmc.gov.my/en/application/registration


saje kongsi - walau dah berjuta orang kongsikan


Lepas habis kursus arini nanti - ampa dah terer dah dengan AI - ampa dah ada ilmu. Ampa lebih terer dari orang lain yang belum terdedah kepada AI. Apa kata ampa JOIN sukarelawan ICT Malaysia ... mana la tau boleh ada banyak kawan - boleh tambah2 ilmu - boleh ajar2kan kawan2 - boleh bimbing yang lain2 ... 

" Gunakan sedikit kelebihan yang Allah kurniakan pada kita, untuk manfaat ramai orang. Mudah2an dengan demikian, KITA menjadi manusia yang berfikir & bersyukur "


Apa itu Sukarelawan ICT Malaysia ?


MIV adalah program sukarelawan ICT yang berhasrat untuk menganjurkan sumber sukarelawan untuk membantu pelbagai komuniti di kawasan-kawasan yang dikenal pasti dalam kerja-kerja yang memberi tumpuan kepada penggunaan peralatan ICT dan pembangunan ICT dalam masyarakat . Dengan moto " Belajar, Nikmati , berkhidmat, Respect " adalah diharapkan bahawa Program MIV akan dapat meningkatkan program celik digital di seluruh negara.

Depa Sudah Daftar, Ampa Bila Lagi ???
Jom beramai-ramai kita mendaftar sebagai Malaysian ICT Volunteer.

 


tatacara kenalpasti laman sesawang mencurigakan vs laman sesawang tulen antaranya :-

1. pastikan laman sesawang merujuk kepada sesuatu negara ( MY = Malaysia )
2. perhatikan sumber lainnya seperti ( GOV = Kerajaan )
3. tetap memerhati kepada pangkal laman sesawang ( MIV = Malaysia ICT Volunteer [ sama cerita seperti diberikan dalam text/audio/gambar/video ] )
4. MUNGKIN - boleh try chrome extension : https://chromewebstore.google.com/detail/drweb-link-checker/aleggpabliehgbeagmfhnodcijcmbonb?hl=en ( semak laman sesawang mencurigakan )
5. rujuk kepada yang lebih tahu sebelum klik sebarang capaian laman sesawang dikongsi mana2 individu - secara berjemaah ( group ) atau individu ( PM tepi )

semoga bermanfaat 🙇🏿













Post a Comment

0 Comments