Blog #MJPPBA
Message text!

Permohonan Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga

Skim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung Kassipilay, Kuala Lumpur.


Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan - Peraturan Perlu ( Rukun Tetangga ) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu. Skim ini member kuasa kepada penduduk dalam memastikan keamanan dan keselamatan rumah dan kawasan sekitarnya mellaui rondaan wajib untuk meningkatkan perhubungan antara kaum dalam komuniti setempat.

Sejarah Rukun Tetangga



JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)

Konsep Rukun Tetangga seterusnya mengalami fasa perubahan selaras dengan peredaran semasa sosio-ekonomi negara seperti berikut :

1984
Konsep Kejiranan
untuk meningkatkan semangat kejiranan dan perpaduan setempat.

2001
Pembangunan Komuniti dalam aspek yang menyeluruh.

2010
Model Transformasi Rukun Tetangga


Pelaksanaan program dan aktiviti berlandaskan lima teras iaitu perpaduan, ekonomi, keselamatan, pendidikan dan kualiti hidup. Permohonan boleh dibuat secara on-line dan manual seperti berikut:

Boleh layari laman web jabatan di alamat www.jpnin.gov.my di bawah Aplikasi Atas Talian:

Permohonan Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga

Borang Permohonan Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga akan dipaparkan.
Sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
Setelah selesai, klik hantar
Penyata Permohonan Penubuhan Skim Rondaan Sukarela atau Permohonan Peronda Skim Rondaan Sukarela akan dipaparkan
Permohonan seterusnya akan diproses oleh Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian yang bertanggungjawab.


Sekiranya secara manual, boleh hubungi talian 03-88837000 minta disambungkan ke Bahagian Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan, Unit Kejiranan.  Maklumat berkenaan akan diambil maklum oleh pegawai yang bertanggungjawab dan proses seterusnya akan diserahkan kepada PPD / PPB.


Sumber : Portal Rasmi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Post a Comment

0 Comments