assalamualaikum wbt,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian Alam serta Selawat & Salam Buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Syukur sebesar²nya, kerana majlis telah pun dirancang, dilaksana & ditamatkan dengan permulaan yang baik & pengakhiran yang baik.
Terima kasih kepada semua warga yang terlibat di dalam kerja² mengimarahkan surau baru kita TERUTAMA kepada semua kaum bapa & kaum ibu yang tak putus² memastikan semuanya berjalan lancar.
Daripada ruang sambut tamu, sambutan tetamu, sesi sembang santai bersama tamu, juadah makan minum untuk tetamu, sesi menemani tetamu sebelum berangkat pulang & sesi sembang santai sesama warga.
Pertamanya terima kasih, komuniti warga surau yang mencetuskan keinginan agar keterlibatan YB dalam penambahbaikan situasi & fungsi surau.
Keduanya, terima kasih orang kuat kita bangSolleh ( Ikan Bakaq Street ) yang menjadi penghubung & batu loncatan, sehingga YB dapat dibawa hadir ke surau sebagai tinjauan pertama & perbincangan aset yang mampu disumbangkan.
Ketiga, team AJK ( khususnya Ketua Blok - Pak Wan Nasi Campur ), dalam gerak pantas menyedia & mempersiapkan menu hidangan untuk majlis kali ini. Selanjutnya, team ibu² yang bertungkus-lumus seawal petang hari ini, dalam mempersiap sudut hidangan tetamu & susur atur persiapan majlis makan berjemaah untuk tetamu & warga.
Keempatnya, kepada TETAMU UTAMA kita iaitu YB Izhar Shah B. Datuk Arif Shah, yang dengan santai sudi bersama warga, mendengar, meneliti, mengulas, mencadang & mengambil peduli tentang perkara pokok sesi perjumpaan kali ini - iaitu terkait 4 perkara utama seperti berikut :-
a - Signboard Outdoor & Indoor Surau.
b - PA Sistem Surau
c - CCTV Surau
d - Penghawa Dingin Surau
Nota : Perkara a & c, dimaklumkan kepada kami sebagai SELESAI, namun untuk perkara b & d akan diteliti terlebih dahulu & makluman lanjut akan di beritahu kemudian. insyaAllah ( sama² kita doakan, YB & team YB sudi menjayakan 4 perkara besar sepertimana dicadangkan warga komuniti Blok A ) ~ insyaAllah ~ aamiin.
YB juga, ada menyebut tentang kebarangkalian, pemasangan lampu solar yang menjimatkan elektrik untuk masa akan datang. Namun, perkara ini akan disimpan sementara kerana bukan kepentingan tingkat tinggi.
Sepertimana juga dicadangkan warga Blok A, menjelangnya kehadiran bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak, YB juga ada selitkan tentang keterlibatan warga² TAHFIZ di dalam mengimarahkan surau sepanjang berlangsungnya bulan Ramadhan dengan cara berikut :-
a - Menjemput Pelajar Tahfiz untuk mengepalai ( imam ) Solat Sunat Tarawikh bersama jemaah bagi tahun 2024 ini.
b - Mewujudkan Tabung Sumbangan Ramadhan, sepanjang bulan tersebut yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.
c - Naskah² Al-Quran, akan dibawa masuk sebagai sumbangan melalui sebuah syarikat yang disebutkan namanya tapi admin terlupa ( minta maaf boss 🙏 ). Naskah² ini akan cuba diikhtiarkan oleh pasukan YB. Sama² kita doakan, beberapa unit naskah Al-Quran dapat kita terima menjelang Ramadhan tahun ini.
DI DALAM LAWATAN INI, YB IZHAR SHAH BIN DATUK ARIF SHAH PADA HARI INI ( 12 DISEMBER 2023 / HARI SELASA ) JUGA TELAH MENYERAHKAN SEPUCUK SAMPUL BERISI RINGGIT MAAYSIA BERNILAI RM 200 SEBAGAI CENDERAHATI UNTUK TABUNG BLOK A.
Malangnya, pihak Blok A pula TERLUPA, cenderahati buat kenang²an untuk YB, ( min khilaf lagi boss - maaf ya ? ).
Buat penerima bantuan kerajaan yang tidak pernah terfikir dek kerajaan dulu, kini & selamanya untuk MENAIKKAN KADAR BANTUAN sekian lama juga akan diberikan perhatian untuk dipanjangkan kepada pihak berwajib. Alhamdulillah ❤️
Kesimpulannya, perjumpaan ini dianggap berjaya, dengan hasrat bersama sebagai wakil penduduk telah kami disampaikan, selanjutnya - sebahagian daripadanya telah ditandakan sebagai selesai oleh YB sendiri. Ditambah pula dengan buah fikir & cadangan dari YB sendiri, menjadikan perjumpaan ini sangat mencapai kemuncaknya.
wallahua'lam
Segala yang baik, semuanya datang dari Allah sang Pemilik Rencana, dan sebarang kelemahan adalah dari ADMIN sendiri, akhir kalam min minta maaf sekali lagi hujung rambut hujung kaki, kalau² masih tertinggal sesuatu yamg mana kalian anggap jauh lebih penting.
Sekian.
.
.
.
u/p - 👇
✓ Team YB Izhar Shah
✓ Pasukan YB
✓ Seluruh Warga Blok A
✓ Team AJK Blok A
.
0 Comments