Blog #MJPPBA
Message text!

Parkir Kenderaan

Rujuk : https://bit.ly/peraturan_dalaman

Setiap pemilik unit kediaman di Blok A Kondominium Mutiara Bandar Perda diberikan satu keanggotaan Majlis Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Blok A. Setiap pemilik juga diberikan satu tempat parkir yang terkait dengan unit mereka.

~ 🚘 1 Unit = 1 Lot Parkir ~


Keanggotaan Majlis Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Blok A adalah terbuka kepada semua pemilik unit kediaman di Blok A Kondominium Mutiara Bandar Perda. 

Bagi pemilik unit kediaman, mereka diberi kebenaran untuk memiliki sehingga 5 kad akses, dengan 2 di antaranya adalah untuk kenderaan kereta dan 3 untuk kenderaan motosikal.

Namun, terdapat beberapa pengecualian dalam penggunaan kad akses tersebut. Bagi kenderaan kereta, hanya satu kenderaan hakiki yang boleh didaftarkan sebagai kenderaan utama untuk pemilik unit, manakala satu kenderaan lagi hanya dibenarkan untuk ditempatkan di ruang parkir berbayar. 

Dalam hal kenderaan motosikal, ketiga-tiga kad akses tersebut merujuk kepada unit-unit yang disewakan, dengan maksud tiga kenderaan motosikal yang boleh diperuntukkan kepada penyewa unit tersebut.

Untuk unit-unit kediaman yang disewa khas, hanya satu kenderaan kereta sahaja yang boleh didaftarkan untuk penggunaan oleh penyewa.

Walaubagaimanapun, budi bicara adalah antara aspek penting dalam menjaga keharmonian semua penduduk samada pemilik unit² kediaman, penyewa sekalipun pelawat ( yang dikenali oleh pemilik unit ).

~ 🚘 Kita Jaga Kita ~


Post a Comment

0 Comments